top of page

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menyatakan bagaimana Tetuan Chan Lee & Co (“Firma tersebut”) mengumpul, mengguna dan melindungi Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma tersebut. Dengan menggunakan perkhidmatan Firma tersebut, anda adalah dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma tersebut di dalam perkhidmatan undang-undang / setiausaha / korporat ataupun perkhidmatan-perkhidmatan yang anda perlukan daripada Firma tersebut (“Perkhidmatan-Perkhidmatan”).​

1.         DATA PERIBADI

 

“Data Peribadi” yang anda berikan ataupun yang telah diberikan kepada Firma tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, maklumat perhubungan, alamat, alamat emel, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, maklumat kewangan peribadi dan/atau maklumat akaun bank.

Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma tersebut secara langsung (sama ada ketika menggunakan perkhidmatan kami ataupun melalui komunikasi dengan Firma tersebut), Firma tersebut juga mungkin akan memperoleh Data Peribadi anda dari pelbagai sumber lain, termasuk tanpa had, dari alat carian talian, maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga melalui sumber yang sah termasuk tetapi tidak terhad kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dan/atau badan dan/atau syarikat lain yang berkaitan, atau di acara-acara yang dianjurkan atau disertai oleh Firma tersebut.

Berkenaan dengan data peribadi bagi pihak ketiga seperti pasangan anda dan ahli-ahli keluarga anda, anda dengan ini menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka untuk membenarkan kami untuk memproses data peribadi mereka dan anda akan melanjutkan satu salinan Notis ini kepada mereka.

2.         TUJUAN MEMPROSES DATA PERIBADI

 

Dengan menggunakan perkhidmatan Firma tersebut, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan Firma tersebut menggunakan dan memproses Data Peribadi anda yang telah berikan kepada Firma tersebut, dalam cara dan untuk tujuan yang dinyatakan di bawah:

 

  • untuk tujuan bagi Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut;

  • untuk menyediakan apa-apa dokumen atau surat cara yang dikehendaki bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan (1) di atas dan apa-apa kerja sampingan lain yang berkaitan dengan perenggan (1) di atas, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penyediaan kontrak atau perjanjian atau surat cara yang melibatkan anda, penyediaan perjanjian pinjaman dan penyediaan afidavit-afidavit;

  • menjawab pertanyaan anda atau permintaan akses data dan memudahkan operasi harian kami;

  • pengurusan risiko, penyiasatan aduan, amaran transaksi yang mencurigakan dan penyelidikan untuk perkhidmatan;

  • untuk memberi maklumat yang diperlukan kepada mana-mana pihak berkuasa atau kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan atau keperluan kerajaan;

  • untuk tujuan pentadbiran dalaman Firma tersebut termasuk tujuan penyemakan asal usul dan konflik;

  • untuk membolehkan Firma berkomunikasi dengan anda; dan

  • untuk Firma mematuhi obligasinya di bawah undang-undang atau mana-mana peraturan- peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau Kerajaan atau di bawah apa-apa kontrak di bawah mana Firma ini dikehendaki untuk menyimpan, memproses dan/atau mendedahkan maklumat peribadi anda.

 

Ia adalah secara sukarela bagi anda untuk membekalkan Data Peribadi anda kepada Firma tersebut. Tetapi, jika anda tidak ingin berikan Data Peribadi anda, Firma tersebut mungkin tidak dapat:

 

  • memberikan perkhidmatan yang anda perlukan; atau

  • berkomunikasi dengan anda.

 

Firma tersebut juga mungkin akan mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti:ch as:

 

  • untuk menghantar kepada anda kad-kad ucapan, surat berita, artikel-artikel dan rencana- rencana lain, mengedar maklumat acara, persidangan, ceramah dan seminar yang mungkin menarik minat anda; dan

  • sebagai rujukan kepada editor / penyelidik dalam penerbitan undang-undang dan jurnal dan bakal pelanggan yang inginkan maklumat rujukan bagi kerjakerja yang pernah kami kendalikan, jika ada, melalui emel atau mel.

 

Jika anda tidak bersetuju bagi Firma tersebut memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2.3 ini, sila maklumkan kepada Firma tersebut dengan menghubungi Firma tersebut melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 4.1 di bawah.

3.         PENDEDAHAN DATA PERIBADI

Data Peribadi anda yang diberikan kepada Firma atau diperoleh oleh Firma tersebut akan disimpan sulit oleh Firma. Akan tetapi, ia mungkin perlu bagi Firma tersebut untuk menggunakan perkhidmatan               pihak     ketiga,  pembekal                perkhidmatan   atau       individu-individu lain untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu bagi pihak Firma tersebut. Dalam situasi ini, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan Firma tersebut untuk mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, mahupun di dalam atau di luar Malaysia, termasuk tanpa had, seperti yang berikut:

 

  • bank-bank dan institusi kewangan;

  • syarikat insuran;

  • syarikat yang membekal kemudahan penyimpanan (storage facility);

  • penasihat luar dan penasihat profesional yang lain, seperti juruaudit;

  • badan dan/atau organisasi professional dan/atau pengawalseliaan lain termasuk tanpa terhad kepada Majlis Peguam dan/atau badan-badan dan/atau organisasi-organisasi profesional dan/atau pengawalseliaan lain;

  • Kerajaan atau pihak berkuasa Persekutuan, Negeri atau Tempatan termasuk tanpa terhad kepada jabatan, badan berkanun, lembaga atau agensi Kerajaan atau separuh Kerajaan; dan

  • mana-mana pihak lain sebagaimana Firma tersebut fikirkan perlu bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan 2 di atas.

 

Firma tersebut juga akan mendedahkan dan memindahkan maklumat tersebut kepada mana- mana badan-badan berkanun, badan-badan pengawal aturan dan / atau pihak berkuasa kerajaan di mana adalah perlu untuk berbuat demikian di bawah undang-undang.

 

4.        PERMINTAAN UNTUK AKSES DAN PERTANYAAN

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini sama ada memohon untuk mendapat akses kepada, atau memohon untuk pembetulan dibuat ke atas Data Peribadi anda (tertakluk kepada sebarang bayaran, jika berkenaan), atau mengehadkan atau menarik balik kebenaran pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma tersebut, yang mana berkenaan, tetapi tertakluk kepada pengecualian dan sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah undang-undang yang terpakai. Jika anda ingin berbuat demikian, sila memberi butiran seperti nama dan nombor kad pengenalan/ paspot / Fin dan hubungi kami di:

​​

MESSRS CHAN LEE & CO

Suite No. 508, Block C,

Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, 
No. 9 Jalan 16/11, Off Jalan Damansara,
46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Emel: info@clcolaw.com

Tel: 03-5870 3111

Untuk perhatian: Pegawai Perlindungan Data​

Maklumat di atas adalah bagi kami untuk menentukan identiti anda sebagai data subjek yang betul, oleh itu adalah tanggungjawab anda untuk menyimpan maklumat tersebut dengan selamat. Anda akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang diambil oleh kami sebagai tindak balas kepada permintaan seseorang menggunakan maklumat tersebut.

 

Sila ambil perhatian bahawa Firma tersebut mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mendapat akses dan / atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda, setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.

5.         DASAR KAWALAN KESELAMATAN

 

Kami mengekalkan keselamatan data peribadi seperti berikut:

 

  • Sistem kawalan keselamatan yang munasabah dan komersial untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda; dan

  • Akses kepada data peribadi anda oleh kakitangan kami adalah berdasarkan keperluan yang perlu diketahui sahaja.

6.          AM

 

Firma tersebut berhak untuk meminda atau mengubah suai Notis ini dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan kepada Notis ini akan disediakan di laman web kami atau apa-apa cara lain yang tersedia mengikut kesesuaian. Jika anda terus menggunakan perkhidmatan kami, anda akan dianggap menerima perubahan tersebut.

 

Notis Perlindungan Data Peribadi ini diisu dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten atau terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Dikemaskini pada: 1 Disember 2022

bottom of page